1)Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya ka dak,bila kita selalu pikir tentang kenyang,kita tak kan lapar.Buktinya bila kita menjalani ibadah puasa ,kita tak terpikir pun tentang makan sepanjang hari,tapi kita tetap mampu melakukan aktiviti2 kehidupan seagaimana biasa.Padahal,hari2 biasa,awal2 pagi lagi kita rasa nak makan.Macam tu lah,kalau kita x pikir lansung tentang oenat kita akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.Sebaliknya bila kita mula kata contohnya :''Aku malas laa hari nie'', ''Aku boringlah hari ni', kita akan batul2 malas dan boring,So,kalau kita nak cemerlang n berjaya pandai2lah berhubung dengan imaginasi.Imaginasi boleh menjadikan kita apa sahaja.Kesimpulannya,kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.Namun tak dinafikan yang setiap daripadanya takkan berlaku tanpa dengan izin Allah.Kita usaha ja,Allah yang menentukan.Selamat berjaya.
2)Berkomunikasi dengan minda ke mindaBila kita ingat seseorang,dan jika ingatan kita tu jujur,ikhlas dan bertanggungjawab,tiada sebarang gangguan,kita sebenarnya dah menghantar gelombang minda kepada orang itu.Kita mungkin akan dapat tindakbalas yang menakjubkan.Kalau ingatan kita terhadap dia adalah yang baik2,dalam masa yang sama Insyaallah dia akan ingat yang baik2 jugak tentang kita.
So,sebab tu la,sesekali pada saat2 tertentu kita terkenangkan seseorang yang dah lama kita tak jumpa dengan dia secara tiba2.Mungkin,pada saat tu orang tu tengah pikirkan tentang kita dan gelombang mindanya dah mengembara dan akhirnya samapai kepada kita.Gelombang yang lemah akan tersasar atau tak sampai ke matlamat ataupun ghaib camtu ja ditelan gelombang2 yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur.Mungkin sebab tu la sesetengah gelombang minda ni lambat sampainya sebab banyak berdepan dengan cabaran dalam pengembaraannya.Masa A teringatkan B dan A segera menghubungi B,B sudahpun memikirkan hal lain.Mungkin B akan kata, ''Ya,saya memang terkenangkan awak tapi tu 3 hari yang lepas''
Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang ada jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri,ibu dan anak,adik-beradik kembar n rakan seiras.
Apakah kita tak rasa betapa imaginasi mampu melakukan perkara yang lebih hebat daripada apa yang kita pikir kan??herm...
3)Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahu tak,bila kita benci seseorang,kita sebenarnya telahpun menarik kebencian orang itu terhadap kita.Fikiran yang beremosi ada daya erikan macam magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.Sebagaimana gelombang minda tadi,kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang2 negatif yang mngembara dan akhirnya sampai kepada orang yang kita benci.Oleh itu,seseorang yang nak jadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan kejayan tak boleh la berfikiran positif err...Dia kena berfikiran positiff ja supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4)Mengawal minda untuk lebih berjayaTak dak sapa pun yang boleh buat kita marah kalau kita tak mau marah.Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal kalau kita nak mengawalnya.Kalau kita tak mau marah kita tak kan marah.Seseorang 2 boleh jadi terlalu sedih kalau dirinya yang bagi laluan untuk berasa sedih.Kesedihan yang melampau2 adalah bermula daripada emosi yang ditarik2,diiya-iyakan,dransang-ransangkan dan disungguh-sungguhkan,ibarat macam api yang dicurahkan petrol ke atasnya.Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan saja lambat laun ia akan padam sendiri.
So,kejaan pertama seseorang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
Kata Husain bin Ali r.a ''Kesabaran itu adalah kunci untuk mengeluarkan diri kita dari kesusahan.''
5)Dua pemikiran dalam masa yang samaKita mungkin pernah tengok seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat,orang ini bukanlah seorang pelakon.Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan kita senyuman dan bercakap lembut dengan kita.Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya.Apalagi seorang pelakon yang tak pandai mengawal emosi.Bahkan sesorang yang nak mencapai kejayaan melalui emosi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6)Minda teransang melalui solat dan doaSolat itu doa dan doa itu perlu dalam peroses kehidupan seseorang manusia.Manusia perlu berdoa untuk menjalin hubungan yang intim dan erat dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan Allah sebagai Penciptanya.
Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya,atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui pemikiran yang lbih terfokus.Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenanagan ialah solat.So,hakikat ketenangan tidak akan wujud dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
******
Disalin dari buku ''Membina Imaginasi Cemerlang''.Sikit janie.Sebenarnya banyak lagi yang dicerita dalam buku nie.Kalau nak pinjam boleh ja. :D
<Hakimie>11.57p.m>23/7>Isnin>
Disalin dari buku ''Membina Imaginasi Cemerlang''.Sikit janie.Sebenarnya banyak lagi yang dicerita dalam buku nie.Kalau nak pinjam boleh ja. :D
<Hakimie>11.57p.m>23/7>Isnin>
No comments:
Post a Comment