Wednesday 18 July 2012

Rahsia Khusyuk Sembahyang


Ada seorang ahli ibadah yang bernama Isam bin Yusuf,dia sangat wara' dan sangat khusyuk dalam sembahyang.Namun demikian dia selalu kuatir sekiranya ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebik baik ibadahnya,demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.

Pada suatu hari ,Isam menghadiri majlis seorang abid yang bernama Hatim Al-Asam dan bertanya: ''Wahai Aba Abdurrahman (Hatim nama gelarannya),bagaimanakah caranya tuan sembahyang?''

Berkata Hatim: ''Apabila masuk waktu sembahyang aku berwudhuk zahir dan batin''.

Bertanya Isam: ''Bagaimanakah wuduk batin itu?''

Barkata Hatim: ''Wuduk zahir sebagaimana biasa,iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air.Sementara wudhuk batin ialah membasuh aggota dengan 7 perkara :-

1)Bertaubat
2)Menyesali akan dosa yang telah dilakukan
3)Tidak tegila-gila dengan dunia
4)Tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia (riya')
5)Meninggalkan sifat bermegah-megahan
6)Meninggalkan sifat khianat dan menipu
7)Meninggalkan sifat dengki. 

Kemudian aku pergi ke masjid,aku kemaskan semua anggotaku dan mengadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada dihadapanku,syurga di sebelah kananku,neraka di sebelah kiriku,malaikat maut berada di belakangku dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas Titian Sirat dan aku menganggap bahawa sembahyang aku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini,kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam sembahyang, ku faham maknanya,kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadduk(merasa hina),aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku meberi salam dengan ikhlas.Beginilah aku sembahyang selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar menangslah ia sekuat-kuatnya membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

<Hakimie>2.33 a.m>Khamis>19.7.2012)


No comments:

Post a Comment